Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

04 September 2009

Rakyat Malaysia kurang merapi






KEBANYAKAN rakyat Malaysia menggunakan syampu sebagai asas penjagaan rambut.

Mereka lazimnya tidak begitu peduli menambah seminit lagi untuk menggunakan perapi bagi mendapatkan rambut yang lebih sihat dan lembut.

Kajian membuktikan merapi rambut selama seminit boleh membantu seseorang itu untuk mendapatkan rambut yang tiga kali lebih lembut.

Amalan merapi rambut secara berterusan lebih memudahkan rambut diurus selain membantu untuk menjadikannya lebih sihat.



Justeru, kempen Seminit Untuk Rambut Hebat dijalankan Sunsilk Malaysia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan merapi rambut selepas bersyampu sebagai sebahagian daripada amalan penjagaan rambut seharian.

Menurut Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia dan Singapura, Ainul Yaqin, kempen terbabit ingin memberi didikan kepada seramai mungkin rakyat negara ini mengenai perubahan besar yang mampu diperoleh hanya dengan langkah tambahan penjagaan rambut itu.

“Suka atau tidak, gaya hidup masa kini lebih memberi penekanan terhadap tanggapan dan imej seseorang.

“Bimbingan aspek dandanan berkenaan merangkumi penjagaan rambut sihat dan gaya rambut sama ada untuk mereka yang mencari kerja, bertemu dengan pasangan hati atau mereka yang mahu kelihatan menarik terutama dari segi dandanan rambut,” katanya.

Kempen dandanan peribadi itu menjenguk kolej dan universiti berserta pakar yang memberi bimbingan kepada peserta wanita mengenai kepentingan penggunaan perapi rambut.

Perunding imej pula menunjukkan demonstrasi pelbagai gaya rambut dan memberikan panduan penjagaan rambut termasuk untuk mereka yang bertudung.

Ia turut disertai pertandingan mencipta blog mengenai dandanan diri secara berpasukan manakala hadiah utama untuk pertandingan berkenaan akan membawa mereka ke Paris, Perancis.

Hadir sama pada majlis pelancaran, Pengurus Jenama Kumpulan Perniagaan Rumah dan Penjagaan Peribadi Unilever, Quah Seng Khie.