Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

03 Mei 2008

DEB perlu diperkemas

JOHOR BAHRU 2 Mei - Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dijadikan isu politik baru-baru ini perlu diperkemaskan kembali pengertiannya agar difahami secara jelas oleh semua pihak.

Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, beliau sendiri agak keliru mengenai DEB yang sering diperkatakan kembali.

"DEB yang disebut kini saya pun tidak faham, ia cukup kabur. Justeru, ia perlu diperbaiki dan dijadikan dasar yang jelas,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kedaulatan Politik Melayu.

Mohammad Agus berkata, DEB akan terus menjadi titik pertikaian selagi ia bergerak atau wujud dalam keadaan yang kabur.

Jelasnya, apabila DEB dibicarakan dalam keadaan yang kabur, maka pengertiannya dalam kalangan anggota masyarakat Melayu dan bukan Melayu juga menjadi keliru.

Beliau berkata, kekeliruan itu akan mengundang pelbagai masalah yang sepatutnya dapat dielakkan jika DEB yang sering diperkatakan itu diperjelaskan kembali dalam konteks semasa.

Beliau menambah, apa yang difahami umum ialah DEB dimulakan pada 1971 sehingga 1990 dan kemudian digantikan dengan satu dasar baru iaitu Dasar Pembangunan Nasional.

Namun, katanya, semangat DEB yang masih dikekalkan dalam Dasar Pembangunan Nasional gagal difahami banyak pihak.