Oleh Nor Affizar Ibrahim
![]() cantik: Hantaran buah berbentuk hati untuk hari pertunangan dua sejoli. |
GUBAHAN hantaran daripada buah-buahan sering tidak dilupakan, sama ada bingkisan untuk majlis perkahwinan mahupun acara mengikat pertunangan. Barangkali, buah-buahan amat mudah didapati dan disediakan serta lebih tahan lama dan tidaklah memerlukan belanja yang mahal.
Namun, apa yang agak ‘mencabar’ dan boleh membezakan sesuatu gubahan hantaran buah-buahan ialah kreativiti untuk menggubahnya. Ada yang mungkin lebih senang meletakkan buah-buahan di dalam bakul kerana senang dibawa dan tidak perlu bersusah payah untuk menggubahnya. Bagi yang ingin mencari kelainan bolehlah menggubah buah-buahan itu di dalam pelbagai bekas unik yang kini banyak di pasaran.
Istimewa untuk anda yang ingin bertunang, ruangan kali ini memaparkan gubahan buah-buahan berbentuk hati yang turut dihiasi dengan beberapa bunga segar menarik.
Bahan-bahan:
- Bekas berbentuk perahu
- Buah-buahan
- Span
- Bunga sedap malam
- Bunga mawar
- Bunga lili
- Bunga statice
- Ekor musang (fox tail)
- Yellow peacock
- Daun pokok krismas
- Daun paku pakis
Terima kasih: Sharnas Floral & Gift Tel: 03-88880941
![]() |
![]() |