Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

06 Disember 2007


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu pada zaman 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. [1] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi. [1]
  1. Harun Aminurrrashid, 1966. Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu, m.s. 4-5
Berdasarkan kepada pengertian tersebut dari wikipedia,saya ingin membawa sahabat-sahabat saya di luar sana agar merenung sejenak tentang siapa itu Melayu yang dikenali oleh dunia luar.Pengertian zahir ini diharap dapat membantu saya dan sahabat-sahabat sekelian agar kenal diri,dapat merenung sejenak tentang kelahiran kita,tentang diri kita..

Berikut pula adalah artikel yang dikeluarkan oleh utusan Malaysia tentang asal usul Melayu.

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Rujuk laman tersebut untuk memastikannya:

http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

Definisi yang diberikan seumpama kurang tepat di mana seolah-olah Melayu itu tidak beragama.Definisi ini sepatutnya ditambah dengan pegangan agama Islam agar lebih menghampiri sempurna maksud.Islam yang menjadi tunjang kepada kekuatan Melayu itu sendiri harus diteguhkan kehadirannya dalam maksud Melayu sebenar.Walaupun sejarah menyatakan bahawa tanah Melayu pernah menjadi tempat candi-candi Buddha,namun,kekuatan Islam yang mengalir dalam diri setiap insan Melayu itu harus dizahirkan.Bukan sekadar Melayu itu yang asalnya dari sekian tempat atau kawasan,tetapi haruslah dinyatakan dengan lebih tepat iaitu Melayu itu adalah Islam..

Walaupun Indonesia dikenali dengan ramainya bilangan penduduk Islam,namun,adakah dengan ini melambangkan bahawa semuanya adalah Melayu?Tidak sama sekali kerana Islam bukanlah Melayu semata-mata.Atas dasar inilah,dengan seharusnya kita patut disedarkan bahawa Melayu itu Islam.

Mengapa saya tekankan dengan perkataan Islam itu?Kerana Islam itu adalah agama rasmi Melayu dari zaman berzaman.Islam itu bukan hanya perlu diwarisi tetapi dihayati kehadirannya.Islam mengajar umatnya agar berperilaku mulia dan baik.Melayu juga mengajarkan perkara yang serupa.Maka,kehadiran Islam dalam melayu perlu dihayati.Bukan hanya diwarisi.

Adakah sahabat-sahabat ingin melihat anak bangsa Melayu seolah tidak beragama?Bebas melakukan kehendak tanpa ada batasan?Adakah sahabat-sahabat ingin melihat bahawa yang memacu tanah Melayu bukannya tergolong daripada Melayu sejati kerana perwatakannya tidak menonjolkan Melayu walaupun darah yang mengalir dalam badan tersebut adalah Melayu?

Kita perlu disedarkan dan dikejutkan dari lena yang panjang.Ramai anak muda Melayu seolah tidak kenal diri,hilang arah tuju,semangatnya luntur,dan tidak mencerminkan langsung perwatakan Melayu.

Melayu adalah Islam.Yang menunjangkan Melayu adalah Islam.Oleh itu,Melayu tidak seharusnya lupa bahawa setiap diri perlu menunaikan tanggungjawab sebagai Islam dan Melayu.

Islam dan Melayu itu indah.Kita tidak perlu mendapatkan salah satu kerana kita lahir dalam kedua-dua keadaan.Mendapatkan dan mengekalkan kedua-dua keadaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil.Mengapa saya berkata demikian?Kerana nenek moyang kita boleh hidup dalam kedua-dua keadaan dan aman damai tanpa sengketa.Mereka menjadi Islam dan Melayu.Usahlah kita ingin berangan menjadi bangsa lain kerana kita juga adalah sebahagian bangsa..bangsa Melayu.Melayu.Jika bukan kita yang memajukan Melayu,siapa lagi?Jika kita berasak-asak ingin menjadi sebahagian bangsa lain,siapa yang ingin majukan bangsa kita?siapa yang akan meneruskan hayat bagsa Melayu?



Ke manakah dan dimanakah jati diri kita sebagai seorang Islam dan melayu?Cuba kita fikirkan..

Tinta Keris-Bicara Melayu Perkasa