Maju Melayu Perkasa!

11 Disember 2007

Adat Melayu

Melayu adalah suatu bangsa yang kaya dengan adat.Banyak adat-adat yang kebanyakan daripada bangsa melayu sendiri lupakan.Kadang-kadang,mereka meninggalkannya kerana beranggapan adat bertentangan dengan cara hidup seorang Islam.

Ramai orang beranggapan adat kerap kali digunakan dalam upacara perkahwinan tetapi itu adalah sekelumit sahaja daripada keseluruhan adat Melayu.

Oleh itu,Melayu tidak seharusnya terus melupakan adat-adat yang berkaitan agar tidak pupus.Adat Melayu inilah yang banyak membentuk peribadi mulia masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.Mereka boleh dianggap lebih bersopan daripada masyarakat Melayu sekarang yang banyak meminggirkan kemelayuan sekadar mengejar kekayaan untuk diri sendiri.Mereka akan tersentak apabila mereka mula meningkat umurnya dan anak cucu cicit mereka seolah-olah melupakan mereka.Adat yang diterapkan dalam masyarakat Melayu banyak membentuk budaya mulia dan sopan santun dikalangan masyarakat.

Antara adat-adat yang sering menjadi bualan adalah:

Melenggang Perut

Menyambut Kelahiran

Berendoi

Bercukur Jambul

Bersunat

Bertindik

Berkhatam Al-Quran

Menilik atau merisik

Meminang dan bertunang

Menghantar Belanja dan Akad Nikah

Berandam dan berasah gigi

Berinai di Pelamin

Bersanding

Mandi-mandian atau berlimau

Sambut-menyambut (Bertandang)

Meminang Perempuan Janda

Adat Berkahwin Janda

Adat Berkahwin Janda Berhias

Bersalin

Berpantang Empat Puluh Empat Hari

Mandi Selepas pantang

Kematian

Daripada adat-adat yang dinyatakan di atas,tidak semuanya adalah selari dengan kehendak Islam,agama yang syumul kejadiannya.Maka,masyarakat perlu mendapatkan pendedahan umum oleh ahli agama dan bangsa Melayu agar keserasian antara dua kehendak ini dapat disatukan