Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

22 Mei 2009

Lima Fakta


Ikuti lima fakta kesihatan yang kami bawa pada minggu ini yang mungkin dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan anda sekeluarga.

Soya untuk wanita

KAJIAN mendedahkan pengambilan soya tidak meningkatkan ketumpatan payu dara.

Ini berita baik kerana ketumpatan payu dara yang tinggi meningkatkan risiko barah payu dara.




Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein adalah sejenis kimia yang menyerupai hormon estrogen.

Ia dapat membantu mengimbang dan mengawal kadar estrogen wanita. Semakin meningkat usia seseorang wanita, pengeluaran hormon estrogen juga semakin menurun. Amalan makan produk kacang soya dapat membantu mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.

Sumber: HealthDay

Serangan penyakit lyme

LEBIH banyak kes serangan penyakit lyme iaitu sejenis gigitan sejenis serangga dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) berbanding kes serangan serangga lain.

Ini kerana terdapat lebih 27,000 kes yang dilaporkan dan kebanyakan kes yang berlaku dilaporkan dari timur laut dan barat tengah AS.




Penyakit yang boleh berjangkit ini disebabkan oleh sejenis bakteria Borrelia Burgdorferi yang terdapat pada serangga tersebut. Kebiasaannya ia menyerang kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Sumber: Centers for Disease Control and Prevention

Bayi mati mengejut

WALAUPUN kadar kematian bayi yang mati secara mengejut (SIDS) telah berkurangan di AS, tetapi kematian bagi bayi yang lemas di atas katil dilaporkan semakin meningkat.




Melalui penerbitan pediatrik, kematian yang berlaku adalah disebabkan mereka mengalami masalah ketika tidur sama ada lemas atau terjatuh.

“Persekitaran tidur paling selamat untuk seorang bayi adalah beralaskan tilam yang pejal. Bantal juga harus diletakkan pada jarak yang agak jauh mengelilingi bayi,” kata Carrie K, seorang ahli Epidemiologi Bahagian Kesihatan AS

Sumber: HealthDay

Kanak-kanak sakit mental

AMERIKA Syarikat telah membelanjakan sebanyak AS$8 bilion (RM28 bilion) pada tahun 2006 bagi merawat kes penyakit mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak di negara itu.




Agensi Penyelidikan dan Kualiti Kesihatan melaporkan, dianggarkan sebanyak 4.6 juta kanak-kanak yang menghidap tekanan mental telah dirawat pada tahun 2006 dengan kos purata AS$1,931 (RM6,793) untuk seorang kanak-kanak.

Sumber: Reuters Health

Sajian berserat

SATU kajian mendapati wanita yang bersenam lebih mudah membakar lemak selepas menikmati satu sajian tinggi serat dan rendah glisemik pada setiap pagi.

Para pengkaji dari Universiti Nottingham, United Kingdom memberitahu, penemuan ini pasti memberi kesan terhadap wanita yang ingin mengawal berat badan.




Malah, pembakaran lemak lebih berkesan jika wanita menikmati sarapan dan tiga jam kemudian berjalan selama 60 minit.

Sumber: The Journal of Nutrition, May 2009. – Reuters Health