Oleh Saufi Hamzah
JASA DIHARGAI: Mohamad Khir (lima dari kiri) bersama penerima Anugerah Tokoh Wartawan Dunia Melayu, (dari kiri) Pengiran Fatimah, Awang Ahmad, Sulaiman, Rosihan, Tarman, Mazlan dan wakil Pak Samad (kanan) selepas majlis penganugerahan di sebuah hotel di Petaling Jaya, malam tadi. |
Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian turut hargai penulis negara jiran
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Samad Ismail dan Tan Sri Mazlan Nordin muncul antara lapan penerima Anugerah Tokoh Wartawan Dunia Melayu anjuran Persatuan Bekas Wartawan Berita Harian Malaysia (PBWBHM) di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Abdul Samad, 83, dan Mazlan, 82, dipilih sebagai Tokoh Wartawan Melayu Malaysia menerima trofi, sijil dan wang tunai yang disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad pernah memegang jawatan sebagai Pengarang Berita Harian, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Penasihat Jabatan Pengarang NSTP dan Kolumnis Berita Harian.
Mazlan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita, Berita Harian dan Kolumnis New Straits Times.
“Saya berterima kasih atas anugerah ini lebih-lebih lagi pada usia sekarang yang sudah menjangkau 82 tahun. Anugerah ini daripada kawan dan bukan daripada pihak atasan.
Hadir sama Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainuddin Ayip; Pengarang Eksekutif Harian Metro/Metro Ahad, Mustapa Omar dan Timbalan Presiden PBWBHM, Datuk Ahmad Rejal Arbee.
Sementara itu, Rosihan Anwar dan Drs Tarman Azzam, kedua-duanya menerima Tokoh Wartawan Melayu Indonesia, manakala Othman Wok dan Sulaiman Jeem, masing-masing dipilih sebagai Tokoh Wartawan Melayu Singapura.
Tokoh Wartawan Melayu Brunei diraih Awang Ahmad Mohd Arshad dan Pengiran Fatimah Pengiran Md Noor.
Semua penerima turut membawa pulang trofi, sijil serta wang tunai.
Penganugerahan turut bertujuan membina dan mewujudkan jambatan emas di antara wartawan dan bekas wartawan Melayu di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei menerusi pelbagai kegiatan berkaitan kewartawanan.
“Panel pemilihan menghantar penyertaan ke semua persatuan wartawan negara itu dan meminta mereka mencalonkan nama yang sesuai,” katany