Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

18 Jun 2008

Penggunaan jenama berunsur Islam perlu dikawal


Suatu masa dulu pernah menjadi buah mulut di kalangan orang ramai tentang satu jenama kuih pau yang dikatakan menggunakan nama Islam tetapi sebenarnya dibuat oleh pengusaha bukan Is- lam. Sejauh mana kebenarannya pengguna tidak tahu. Tidak pernah ada kenyataan rasmi daripada syarikat yang me- ngeluarkan kuih pau tersebut mengenai 'cakap-cakap' orang ramai tersebut.

Apa yang pasti pengguna Muslim terus berada dalam kekeliruan yang masih tidak terungkai sehingga kini.

Sebenarnya penggunaan nama Islam pada jenama terutama yang melibatkan makanan perlu ada kawalan. Isu halal adalah soal lain.

Banyak jenama pengeluar makanan yang terkenal adalah halal contohnya Maggi, roti Gardenia dan sebagainya yang sememangnya sudah diterima oleh masyarakat. Kita percaya bahawa walaupun makanan tersebut dikeluarkan oleh orang bukan Islam tetapi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh agama Islam maka ia tetap halal.

Dalam hal ini, ia bukan hanya berkaitan dengan isu halal, tetapi berkaitan dengan soal keyakinan. Biasanya apabila pengguna Muslim melihat jenama itu menggunakan nama Islam mereka akan beranggapan bahawa jenama tersebut dikeluarkan oleh orang Islam.

Mereka akan menjadi bertambah yakin untuk menggunakan produk tersebut. Lebih daripada itu mereka juga biasanya akan berusaha untuk menunjukkan sokongan terhadap perniagaan milik orang Muslim.

Biasanya pengguna Muslim tidak begitu kisah sekiranya produk makanan tersebut adalah makanan kering seperti biskut, roti, gula-gula dan sebagainya. Te- tapi ia menjadi sensitif apabila melibatkan makanan basah seperti ayam dan daging kerana ia melibatkan isu penyembelihan secara Islam.

PenggunaanSama dengan isu pau, ada pau yang berintikan ayam dan daging. Pengguna Muslim sudah pasti tidak akan membeli sekiranya mereka tahu inti pau dibuat oleh orang bukan Islam.

Begitu juga dengan kehadiran banyak jenama kopi yang menggunakan nama Islamik tetapi ia dikeluarkan oleh syarikat milik orang bukan Islam. Penggunaan model-model iklan dari kalangan orang Islam yang memakai serban, baju melayu dan jubah menjadi trend pengeluar-pengeluar kopi terutama yang melibatkan khasiat berkaitan tongkat Ali dan sebagainya.

Kerajaan dicadangkan agar jenama- jenama yang menggunakan nama Islam ini hanya eksklusif untuk syarikat-syarikat milik orang Islam dan 90 peratus pekerjanya ialah orang Islam. Dengan cara itu pengguna Muslim tidak lagi merasa tertipu dan was-was untuk membeli sesuatu produk.

Sebagai orang Islam, kita perlu menjaga makanan yang kita makan. Kita juga percaya bahawa makanan sebenarnya menentukan sikap dan tindak-tanduk individu. Orang yang banyak makan makanan yang meragukan, ia boleh membawa kepada sikap-sikap buruk dan menjurus untuk melakukan maksiat.

Dan kita juga tahu bahawa setiap ma- kanan tidak halal yang kita makan akan menjadi darah daging dan akan dibakar di akhirat nanti. Justeru perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa demi untuk kebaikan umat Islam.

Walau pun ada orang Islam sendiri yang tidak kisah dengan soal makanan yang mereka makan tetapi kita harus menghormati sebahagian lagi orang Islam yang betul-betul mengambil berat soal makanan yang mereka makan.

Golongan ini bukan semata-mata mencari yang halal tetapi lebih daripada itu ialah soal keberkatan dan kesucian dari sudut agama Islam itu sendiri.