Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

02 Ogos 2009

Mistik sebuah bandar diraja


Apakah rahsia yang tersimpan di sebalik monumen Angkor Wat hingga berjaya menarik ratusan ribu pelancong untuk menyusuri sejarahnya?




CHUM REAP SUA. Begitulah sapaan lembut yang lazimnya didengar daripada mulut para penduduk di Siem Reap kepada para pelancong yang mengunjungi kota Angkor Wat.

Walaupun kurang fasih, kebanyakan pemandu pelancong cukup mahir menjelaskan susur galur tamadun kota Siem Reap dalam bahasa Inggeris dan Perancis.


ANGKOR WAT yang dibina pada awal kurun ke-12 ini masih utuh struktur bangunannya.


Dalam urusan seharian, penduduk di Siem Reap yang terdiri daripada kumpulan etnik Khmer iaitu di antara 90 hingga 95 peratusnya Cina, Khmer-Islam, Orang Asli dari kawasan bukit di timur laut dan Vietnam, selesa berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa Khmer atau Thailand.


BAHAGIAN dalam Angkor Wat yang masih terpelihara.


Dibelenggu kancah kemiskinan, masyarakat setempat bangun seawal pukul 5 pagi untuk bersenam dan memulakan kerja sebagai petani, penyambut tetamu atau pelayan di hotel, pengawal di tapak arkeologi, nelayan dan pemandu tuk tuk atau remok dalam bahasa Khmer.


PREAH KHAN pernah mencatatkan sebagai sebuah pusat pengajian dan biara terhebat di Kemboja.


Kaum wanita lazimnya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan, barangan kraftangan, fabrik sutera dan barangan perhiasan wanita di Old Market, Noon Night Market dan Angkor Night Market.


AKAR-AKAR liar yang tumbuh menjalar di Ta Phrom.


Kebanyakan penduduk di sini masih berpegang kuat kepada ajaran agama Buddha yang berasal dari India di samping kepercayaan-kepercayaan lain.


PENDUDUK Khmer menyara hidup dengan berniaga secara secara kecil-kecilan.


Makanan ruji di Kemboja hampir sama dengan di negara jiran, Thailand dan negara-negara Asia lain. Selain nasi putih dan mi, penduduknya gemar masak kari atau sup ayam, itik, daging lembu dan babi. Biarpun tidak terlalu pedas, anda kerap menjumpai sos ikan dan udang yang diproses serta mempunyai rasa masin pedas.


PARA sami ini menghadiri kelas di dalam pagoda di kampung Phnom Baset, wilayah Kandal 25 kilometer ke utara Phnom Penh.


Bagi pemakan sayur, penggemar hidangan Barat atau mencari makanan halal, jangan bimbang kerana masih terdapat banyak pilihan di Night Market Road, Svay Dangkum dan Sala Kamraeuk.


KESESAKAN lalu lintas juga antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di Siem Reap.


Dari dapur Khmer ke Filipina, Perancis, India, Korea, Jepun hinggalah kepada masakan Cina/Asia dan Thailand, Siem Reap tidak akan mengecewakan deria rasa anda.

Hotel-hotel yang ditawarkan juga boleh dipecahkan kepada kategori kelas mewah, sederhana dan bajet. Dari semurah AS$5 (RM17), anda boleh menempah sebuah bilik di tempat penginapan bajet rendah. Jika inginkan layanan penginapan kelas satu, cubalah Royal Angkor Resort and Spa, Le Meridien Angkor, Raffles Grand Hotel d'Angkor, The Sothea dan seumpamanya.

Kenalan

Jika anda seperti penulis yang mementingkan aktiviti luar, menyewa bilik kelas sederhana sama ada di City River Hotel, Antanue Angkor Villa atau Angkor Star Hotel sudah memadai.




Lawatan penulis menjadi lebih bermakna apabila sempat berkenalan dengan seorang pemandu remok, Taoeun Hengsok Bun, 29. Berasal dari Phnom Penh, sudah dua tahun Hengsok Bun memanduremok dan mengetahui selok-belok bandar kecil itu yang terletak di utara Kemboja.

Katanya, Siem Reap menerima kunjungan pelancong yang paling tinggi pada hujung tahun terutamanya pada bulan November ketika acara perlumbaan bot.

Terletak di tengah-tengah sawah padi yang menghijau dan sungai Siem Reap yang mengalir dari utara ke timur Kemboja, Siem Reap memiliki daya tarikan tersendiri. Lebih-lebih lagi, berhubung era kemasyhuran dan kejatuhan empayar Angkor.

Kini dikenali sebagai Taman Arkeologi Angkor yang diiktiraf oleh badan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Siem Reap merupakan destinasi pelancongan yang cukup popular di Asia Tenggara. Ia menempatkan berdozen-dozen kuil, pagoda dan legenda artistik setaraf dengan kehebatan ukiran pada piramid, Machu Pichu dan Taj Mahal.

Monumen

Angkor Wat mengungkap kehebatan monumen itu sewaktu matahari terbit. Struktur Angkor Wat bagaikan 'hidup' seketika membelakangkan cahaya matahari pada pukul 5.45 pagi.

Seperti kuil Angkor yang lain, Angkor Wat melakar kisah dewa-dewa Hindu seperti Shiva, Vishnu, Krishna, Ramayana dan pertempuran di Lanka secara meluas. Dikategorikan sebagai monumen dengan nilai seni estetik tertinggi, Angkor Wat bermaksud biara bandar diraja.

Tapak Warisan Dunia itu menghala ke timur dan dikelilingi oleh kubu yang berparit seluas 1.5 kilometer dari bahagian timur ke barat dan 1.3 kilometer dari utara ke selatan. Parit itu dihubungi oleh sebuah tambak berbatu yang di hujungnya terletak kehalusan binaan Angkor Wat yang berdiri megah.

Pengunjung sekali lagi disapa oleh tambak batu kedua yang membawa mereka ke pintu masuk Angkor Wat. Dalam perjalanan selama lima minit itu, terdapat dua buah perpustakaan di kedua-dua belah tambak.

Antara lain kunjungan terawal penulis di Taman Arkeologi Angkor ialah Angkor Thom. Dengan sekumpulan arca yang menghala ke pintu masuk selatan, Angkor Thom adalah sebuah kawasan sebesar 10 kilometer persegi.

Bandar diraja

Membawa maksud Angkor Besar, ia dibina oleh Jayavarman VII yang memerintah dari tahun 1181 dan 1201. Selepas melawati runtuhan kuil-kuil Angkor Thom seperti Bayon, Baphoun, Phimeanakas, Terrace of Leper King dan Terrace of the Elephants, anda pasti bersetuju bahawa ia sememangnya sebuah bandar diraja.

Setelah mengambil kira empat penjuru utama dalam bacaan kompas, dinding Angkor Thom dibina dengan empat buah pintu gerbang yang gah. Pintu gerbang yang kelima terletak di bahagian barat, dikhaskan kepada orang istana.

Berbeza dengan kuil lain, Bayon adalah satu-satunya monumen yang menampilkan sifat enigmatik kerana ia memukau pengunjung dengan hiasan wajah gergasi. Di setiap sudut, binaan menaranya berdiri secara signifikan dengan rekaan wajah yang kelihatan tenang.

Sehingga hari ini, para arkeologi dari seluruh pelosok dunia masih tidak dapat merungkai misteri simbol dan fungsi struktur itu.

Baphuon yang sedang menjalani kerja-kerja membaik pulih, boleh dimasuki melalui sebuah jambatan panjang. Seperti Bayon, ia memiliki ukiran seni terperinci berhubung pengaruh dewa-dewi, haiwan ternakan dan kehidupan seharian penduduk pada zaman itu.

Kuil piramid

Phimeanakas adalah sebuah kuil yang berbentuk seperti piramid di atas sebidang tanah bersaiz segi empat. Dipercayai bahawa binaannya berkisar tentang legenda seorang wanita ular yang terkenal dalam kalangan pemerintah Angkor.

Terrace of Leper King dan Terrace of the Elephants terletak secara bertentangan. Kedua-dua platform itu dikatakan digunakan oleh Raja Angkor untuk menyaksikan kegiatan militari dan perayaan. Terrace of the Elephants adalah sepanjang 300 meter dan siap diukir dengan arca gajah dan garuda.

Pada masa yang sama, penulis juga berkesempatan pergi ke Prasats Suor Prat, North Kleang dan Preah Pithu Group yang semuanya terletak berdekatan antara satu sama lain di Angkor Thom.

Penulis meneruskan perjalanan ke Ta Phrom iaitu sebuah kuil yang sering menghiasi dada-dada majalah dan buku-buku pengembaraan. Ia adalah antara kuil yang tidak melalui proses pemulihan secara besar-besaran.

Pemandangannya cukup indah dengan akar-akar pokok tua yang tumbuh meliar dari semua arah. Ia diibina bagi memperingati ibu Jayavarman VII.

Kuil Ta Keo mempunyai tarikan anak tangga yang curam dan dikenali sebagai gunung berpuncak emas. Sebelum matahari terbenam, penulis naik ke Phnom Bakheng.

Dari ketinggian hampir 300 meter, anda boleh melihat bandar Siem Reap, tidak kurang juga sebahagian Taman Arkeologi Angkor bersama ramai pelancong dari Korea, China, Asia dan Eropah.