Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

11 Januari 2008

Syor Gabem tubuh Yayasan Pelajaran



PUTRAJAYA: Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), sebuah forum percambahan minda mencerna perkembangan ekonomi orang Melayu, disaran menubuhkan Yayasan Pelajaran bagi meningkatkan pencapaian pendidikan anak bangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, berkata Gabem boleh menyalurkan biasiswa untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Melayu cemerlang menimba ilmu.

Katanya, pendekatan sama diambil pertubuhan dan persatuan Cina sejak berpuluh tahun lalu hinggakan kaum itu tidak perlu bergantung kepada biasiswa kerajaan untuk membolehkan anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti


"Kita tidak boleh nafikan dalam mana-mana komuniti kaum sekali pun, pendidikan adalah kunci kejayaan dan kekuatan. Pendidikan bukan setakat mendapat ijazah, malah menimba dan menguasai pelbagai bidang ilmu," katanya ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Dialog Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gabem di sini semalam. Hadir sama Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Rafidah berkata, selain sebagai badan pemikir dan memberi idea kepada kerajaan, ahli Gabem yang berkemampuan boleh menyumbang kepada dana biasiswa pelajar Melayu yang tidak berkemampuan, biarpun secara kecil-kecilan.

Katanya, biasiswa Gabem akan menjadi petunjuk keampuhan perkumpulan itu menggembleng kekuatan untuk menyemarak dan melebar luas keupayaan bangsa.

"Biarpun kecil pada peringkat awal, dalam tempoh beberapa lama selepas 10 atau 15 tahun, bilangan penerima biasiswa mungkin mencecah ratusan orang. Maka ini akan menjadi petunjuk jelas kejayaan Gabem," katanya.

Pada majlis dialog sebelum itu Rahim menyampaikan memorandum Gabem kepada kerajaan yang antara lain menyatakan sokongan masyarakat ekonomi Melayu kepada pucuk kepemimpinan negara.