Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

28 Disember 2008

BUDAYA lepak malam


Antara keunikan masyarakat Malaysia yang menarik perhatian pelancong dan diplomat asing ialah budaya lepak malam di restoran terutama di bandar besar.

Lihatlah di restoran-restoran mamak dan kopitiam yang menjadi tumpuan pengunjung, saban malam. Disebabkan sambutan ramai, makin banyak restoran 24 jam beroperasi di Lembah Klang.

Antara yang popular ialah sebuah restoran besar menggabungkan dua konsep iaitu restoran biasa dan kopitiam di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Adakalanya sehingga pukul 3 pagi, restoran tersebut masih dipenuhi pelanggan. Walaupun sebahagian yang datang melakukan urusan seperti perbincangan skim jualan langsung dan politik tetapi rata-rata kebanyakan pengunjung boleh dikatakan sekadar minum sambil berbual.

Pernah jadi perdebatan agar kerajaan menghadkan operasi restoran 24 jam bagi mengekang budaya negatif di kalangan rakyat negara ini tetapi ia kemudian tenggelam.

Sememangnya isu berkenaan menarik untuk terus diperdebatkan kerana ada aspek baik dan buruknya.

Yang pasti, Awang perhatikan ialah semakin ramai lelaki, kebanyakannya berstatus suami suka melepak di tempat-tempat sebegitu. Mengapa mereka tiada di rumah bersama isteri dan anak- anak biarpun jam sudah pukul 2 pagi? Bagaimana kita mahu memperkukuhkan masyarakat penyayang kalau si ketua keluarga kerap hilang pada larut malam?

Awang tidak mahu mengulas panjang kerana kerap juga minum teh tarik dan kopi putih bersama rakan-rakan di restoran sedemikian dengan komitmen kononnya tidak mahu pulang lewat tetapi selalu juga terlajak.

Masalahnya kita orang lelaki sentiasa lupa bahawa isteri dan anak-anak di rumah juga mempunyai hak ke atas kita. Ini termasuk masa untuk kita bersama mereka. Semoga tahun baru nanti, Awang akan lebih berdisiplin dalam hal ini untuk kurang berjaga malam di luar dan lebih masa bersama keluarga. Bagaimana dengan anda yang lain?