Adakah kita kenal dan tahu dengan pasti tentang bahasa Melayu yang kita tuturkan harian?Dari mana asalnya?
Menurut kajian yang dijalankan oleh beberapa pengkaji,bahasa Melayu berasal dari beberapa kawasan:
a)Asia Tengah
i)Orang Negrito
ii)Melayu Proto
iii)Melayu Deutro
b)Nusantara
Anda boleh rujuk penerangan tentang asal usul bahasa Melayu di:
Asal usul Bahasa Melayu
Pernah anda dengar bahasa jiwa bangsa?
kalimat ini perlu sentiasa diterapkan dalam diri Melayu.Bahasa yang dipertuturkan ini,bahasa Melayu perlu diperluaskan penggunaannya agar dikenali dan menjadi bahasa pertuturan dunia.
Pernah satu ketika dahulu bahasa Melayu menjadi Lingua Franca,iaitu bahasa pertuturan semasazaman kegemilangan Melayu Melaka.Bukan sahaja perdagangan,malah urusan rasmi juga menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan.
Jika kita yang perlu memartabatkan bahasa Melayu,siapa lagi yang boleh kita harapkan?
Di Malaysia,sebahagian pihak tetap berpegang teguh dengan bahasa Melayu dan sanggup berjuang mempertahankannya.Golongan ini sanggup pergi ke mana sahaj untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan bahasa Melayu.
Sebahagian pihak pula,gemar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan malah mereka seolah-olah berjaya meyakinkan kerajaan dan orang ramai tentang penggunaan bahasa Inggeris pada zaman ini.
Jika kita fikirkan Jepun yang berjaya membangun selepas kebangkitan Meiji,mereka menggunakan bahasa ibunda dalam segenap segi urusan.Malah mereka merupakan salah sebuah negara maju.
Jika bahasa Inggeris menjadi pilihan utama,dan semakin hari bahasa Melayu hanya diajar dalam mata pelajaran bahasa sahaja,tidak hairanlah satu ketika nanti,bahasa Melayu akan luput.Bukan sekadar bahasa sahaj luput,tetapi bangsa semakin hari akan melupai diri.Tidak kenal Melayu itu yang sememangnya adalah sebahagian diri mereka.
Satu ketika dahulu,saya pernah terjumpa dengan penerbitan buku dalam bahasa Melayu.Namun kini,penerbitan tersebut seolah-olah tidak wujud.Jika di sekolah sains dan teknolgi diajar dalam bahasa inggeris,tetapi kebanyakan bahan rujukan universiti menggunakan buku keluaran luar negara sebagai rujukan utama.Adakah golongan cerdik pandai negara mati akal untuk menerbitkan buku sendiri?Bukan hanya untuk kepentingan diri tetapi anak bangsa yang dahagakan ilmu.
Sukar untuk dicari bahan-bahan intelek keluaran negara terbitan bahasa Melayu.Cuba kita cari di kedai-kedai buku besar...Jika ada,hanya terbitan buku agama dan sastera sahaja yang masih mengekalkan penggunaan bahasa Melayu.Akhbar-akhbar harian Melayu memang berlaku lambakan.namun,adakah karya-karya cendikiawan negara mudah didapati di akhbar?
Jika kita teliti,orang Melayu lebih gemar membaca bahan-bahan picisan kerana mudah didapati.Di sini kita dpat lihat bahawa orang Melayu tidak gemar mengembangkan ilmu diri sendiri..Kerajaan sepatutnya bukan sahaja menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik,tetapi perlu terlebih dahulu memkirkan cara serta langkah terbaik dalam mendidik anak-anak Melayu yang masih ketinggalan.Bahasa Melayu patut digunakan dalam urusan rasmi dan semua urusan di negara ini.Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,tetapi penerapan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan.
Kita lihat sahaja Indonesia yang berjaya mengindonesiakan rakyatnya.Tidak kira bangsa dan agama,Indonesia seolah-olah wujud dalam kesatuan nama.
Penggiat bahasa Melayu seharusnya lebih tekun dan gigih mencari peluang agar Melayu kenal diri.menjadikan bangsa Melayu kuat dari segi bahasa dan pegangannya.Melayu haruslah bersatu di bawah satu bumbung yang nyata sekali dapat memartabatkan bangsa,bahasa dan negara.Kita akan semakin kuat dan dapat menggegar dunia.
Tinta Keris-Bicara Melayu Perkasa