Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

14 April 2008

BERAS DAN NASI..


Beras merupakan salah satu bahan masakan utama dalam kehidupan kita. Setelah ditanak, beras yang telah menjadi nasi akan membekalkan karbohidrat iaitu sumber tenaga untuk membantu kita bergerak cergas. Namun apabila dipandang dari sudut 'dapur', suri rumah khasnya pasti tidak dapat lari dari masalah berkaitan dengannya. Sebagai contoh, kadang kala nasi yang ditanak menjadi hangit atau lembik, beras dipenuhi bubuk dan sebagainya. Tidak mengapa,. Mungkin petua - petua dibawah boleh membantu anda:


Hilangkan bubuk dalam beras

Beras yang disimpan terlalu lama akan mudah dimakan bubuk. Untuk mengatasi masalah ini, campurkan beras tadi bersama dua tiga tangkai daun asam jawa ataupun daun belimbing buluh yang telah dibersihkan dan dikeringkan. Insya - Allah, anda pasti dapat mengelakkan beras dari dimakan bubuk.


Nasi lembik

Masalah nasi lembik juga biasa berlaku. Paling tidak, mungkin sekali dalam setahun. Mengikut kebiasaan, nasi menjadi lembik kerana ia dimasak terlebih air dan masalah ini selalunya berlaku ketika hendak mengadakan majlis kenduri kendara.
Namun, anda tak perlu panik. Seeloknya, nasi yang lembik itu jangan dibuang. Anda hanya perlu ambil beberapa helai surat khabar. Letakkan diatas periuk nasi, kemudian barulah tutup dengan tudung periuk. Kecilkan api. Selepas itu, tunggu sehingga airnya beransur kering. Selamat mencuba.

Hilangkan bau hangit nasi

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menutup periuk nasi tersebut dengan daun pisang. Insya - Allah, dengan ini bau hangit tadi bukan saja hilang. Bahkan nasi yang dimasak juga terasa enak, seolah - olah tiada apa yang berlaku.

Cara mengatasi masalah kutu beras

Satu lagi masalah yang memeningkan kepala ialah kutu beras. Sering kali kita temuinya didalam kampit / tong beras, dan memang susah untuk membuang serangga hitam kecil ini. Apa pun, usah risau lagi. Disini ada petua yang boleh anda cuba.
" Simpan beberapa batang lada kering di dalam bekas
" Simpan beberapa helai daun belimbing (yang telah dibersihkan dan dikeringkan ) di dalam bekas beras
" Simpan beberapa helai daun limau purut di dalam bekas beras

Lagi petua hilangkan bau hangit nasi

Suri rumah kadangkala leka menonton rancangan yang menarik dan mungkin nasi hangit. Jangan bimbang jika ingin menghilangkan bau nasi hangit tadi, ikutilah petua ini. Ambil beberapa helai daun limau purut, carik - carikkan dan masukkan ke dalam periuk nasi tersebut. Tutup semula tudung periuk selama beberapa ketika. Pasti nasi berbau harum dan tiada lagi bau hangit. Selamat mencuba.