Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

07 April 2008

Sejarah DPMM

Penubuhan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu di Peringkat Negeri

Usaha terawal untuk mewujudkan persatuan perniagaan di negeri telah dipelopori oleh peniaga-peniaga Melayu di Kelantan pada tahun 1938 dengan penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Kelantan dalam tahun berkenaan.

Langkah yang dirintis oleh Dewan Perniagaan Melayu Kelantan kemudiannya telah diikuti oleh lain-lain negeri. Penubuhan Dewan-dewan Perniagaan di peringkat negeeri mengikut turutan adalah seperti berikut:

NegeriTahun
Dewan Perniagaan Melayu Kelantan1938
Dewan Perniagaan Melayu Perak1951
Dewan Perniagaan Melayu Johor1952
Dewan Perniagaan Melayu Selangor1953
Dewan Perniagaan Melayu Terengganu1953



Dewan Perniagaan Melayu Kedah 1956
Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai 1959
Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan 1960
Dewan Perniagaan Melayu Perlis 1963
Dewan Perniagaan Melayu Melaka 1963
Dewan Perniagaan Melayu Pahang 1972
Dewan Cawangan Wilayah Persekutuan 1975


2. Penubuhan Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se- Malaya (GDPMM)

Lanjutan daripada penubuhan Dewan-dewan Perniagaan Melayu di peringkat negeri (yang masing-masing berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri), satu badan induk yang diberi nama Gabongan Dewan-dewan Perniagaan Melayu Se Malaya (GDPMM) ditubuhkan pada tahun 1956.

Menurut Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia, penubuhan GDPMM ini bertujuan mewujudkan satu pertubuhan di peringkat kebangsaan yang lebih kukuh bagi menyatukan Dewan-dewan Perniagaan Melayu di peringkat negeri.

Di antara individu yang bertanggungjawab di dalam pembentukan GDPMM ini adalah Datuk Mahmood Ambak (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Perak); Haji Nik Hassan Nik Yahya (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Kelantan) dan Datuk Raja Nasron (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor).

GDPMM ditubuhkan mengikut undang-undang Pertubuhan 1949. Ia didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan penubuhannya diluluskan secara rasmi pada 11 Julai 1957 dengan nombor pendaftaran “1101 Selangor”.

GDPMM mempunyai matlamatnya sendiri dan sepertimana yang tercatit di dalam perlembagaannya, penubuhannya adalah untuk:

"…sekalian Dewan-dewan Perniagaan Melayu di Malaya supaya bekerjasama bagi memenuhi segala lapangan perniagaan dan mempertahankan segala hak-hak dan faedah-faedah dalam lapangan aneka perniagaan dan membantu perusahaan-perusahaan pertanian, pelombong-pelombong aneka galian-galian hasil bumi, pertukangan dan pengeluaran- pengeluaran perusahaan kerajinan tempatan dan pengangkutan, penjualan-penjualan serta lainnya dalam negara atau di luar negara Malaya..."

(sumber: Undang-undang Gabongan Dewan-dewan Perniagaan Melayu Se Malaya,

26 April 1956, lampiran 2)



Ketika itu GDPMM dianggotai oleh Dewan Perniagaan Melayu Kelantan; Dewan Perniagaan Melayu Perak; Dewan Perniagaan Melayu Johor dan Dewan Perniagaan Melayu Selangor.

Dewan-dewan Perniagaan Melayu negeri ini masih menggunakan Perlembagan Dewan negeri masing-masing dan cuma bergabung untuk menjalankan aktiviti di peringkat “Pusat” sahaja.


3. Halatuju dan Perjuangan GDPMM
Matlamat penubuhan dan perjuangan GDPMM adalah selaras dengan bidang dan sektor ekonomi yang diceburi oleh peniaga-peniaga Melayu pada masa itu iaitu bidang pertanian, perlombongan, pertukangan dan pengangkutan.

Fungsi utamanya adalah sebagai menyediakan apa jua bentuk perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan yang boleh memberi manfaat dan faedah kepada ahli-ahlinya.

Salah satu perkhidmatan yang diberikan ialah “khidmat khas” untuk ahli-ahlinya iaitu menjadi orang tengah atau wakil bagi pihak ahli untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul di antara ahli dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Dalam konteks ini, tindakan yang diambil oleh GDPMM ialah menyokong permohonan untuk keperluan ahli-ahlinya seperti mendapatkan permit,lesen, kerja-kerja kontrak, pesanan dan pinjaman kewangan.

Dengan kegigihan pemimpin-pemimpin serta kerjasama daripada ahli-ahlinya, GDPMM telah berjaya menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Di antara pemimpin GDPMM yang memainkan peranan penting dalam kongres tersebut adalah Datuk Raja Khalid Raja Harun yang bertindak sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Perniagaan dan Perdagangan.

Antara usul-usul serta resolusi yang telah dikemukakan menyentuh tentang kelemahan (RIDA), di mana aktivitinya hanya terhad kepada usaha-usaha pembangunan ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar sahaja.

Lanjutan daripada itu, kerajaan telah meneliti kembali organisasi RIDA dan kemudian menubuhkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966 bagi menggantikan RIDA yang ditubuhkan pada tahun 1956.


4. Keahlian GDPMM
Keahlian GDPMM adalah terbuka kepada semua Dewan Perniagaan Se Malaya atau Dewan Perniagaan Orang Melayu di Asia yang terdapat di negeri-negeri atau kawasan Negeri Selat dan jajahan Singapura. Ahli GDPMM dikenakan yuran penyertaan sebanyak $100 seorang dan yuran tahunan sebanyak $120 setahun.

GDPMM telah berjaya menarik semua Dewan-dewan negeri, termasuk Dewan Perniagaan Melayu Singapura, untuk bergabung dengannya