Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

03 Mei 2008

Tiga parti bincang terma wujudkan gagasan permuafakatan Melayu

KUALA LUMPUR 3 Mei - Satu pertemuan susulan melibatkan tiga pemimpin daripada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan bagi memperincikan lagi terma rujukan gagasan permuafakatan Melayu yang bakal diwujudkan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, rancangan pertemuan tersebut adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai antara pemimpin muda ketiga-tiga parti itu sebelum ini.

``Kami bersetuju bahawa permuafakatan Melayu amat penting dalam menentukan arah bangun kaum Melayu dan seharusnya melewati sempadan politik,’’ katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.