
UNIVERSITI Queens di Kanada mendedahkan satu penemuan baru mengenai kebolehan ketam menggunakan deria sakit dan memori. Kajian membabitkan ketam hermit yang diberi kejutan elektrik oleh Profesor Bob Elwood dan Mirjam Appel.
Ketam itu bertindak balas serta-merta dan tidak berapa lama kemudian, ketam tersebut cuba mengelakkan daripada terkena aliran elektrik. Kajian tersebut disiarkan dalam jurnal Animal Behaviour.
Profesor Elwood berkata, apabila aliran elektrik disalurkan ke kulit cangkerang ketam, ia cuba keluar kerana ketam hermit terkenal dengan sifatnya memilih 'rumah' yang selesa.
Ada sesetengah ketam hermit kembali ke cangkerang lama manakala ketam lain mencari cangkerang baru yang diberi oleh kumpulan pengkaji. "Kajian ini mengukuhkan penyelidikan terdahulu yang menganggap bahawa ketam bertindak balas pada refleksologi dan bukannya deria sakit," katanya.