Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

04 April 2008

Jelajah kongsi pengalaman




DR SHEIKH Muszaphar menanam pokok knitu sebagai tanda lawatan ke Bandung.

Dr Sheikh Muszaphar turut terima jemputan dari Arab, Amerika dan United Kingdom

SEJAK bergelar angkasawan, saya berpeluang menjelajah seluruh Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan setiap lapisan rakyat Malaysia. Impak program angkasawan amat menakjubkan. Ia menyentuh sanubari setiap golongan bukan saja kanak-kanak, malah pelajar universiti, belia, termasuk ibu bapa dan dewasa.

Inilah impian saya selama ini. Untuk berjumpa dengan setiap insan seluruh Malaysia dan berkongsi ilmu mengenai cara kehidupan di angkasa lepas. Ini adalah impian seluruh rakyat Malaysia. Impian negara.


Ramai yang tersentuh apabila melihat Jalur Gemilang dikibarkan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Rukun Negara dilaungkan di angkasa lepas. Ia membuktikan sesiapa saja mampu mencapai kejayaan jika tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Impian menjadi kenyataan.

Seluruh dunia juga berminat akan penghantaran angkasawan Malaysia lebih-lebih lagi negara Islam seluruh dunia. Saya mendapat jemputan dari negara Arab, Amerika, United Kingdom untuk berkongsi pengalaman bersama mereka tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ingin menumpukan perhatian di negara tercinta dulu sebelum ke negara lain.

Saya begitu seronok apabila berjumpa kanak-kanak dan pelajar lebih-lebih lagi di pedalaman dan perkampungan.

BALAI astronomi di Bandung turut dilawati Dr Sheikh Muszaphar ketika berkunjung ke Indonesia.

Saya baru kembali dari Tawau, Sabah dan amat terharu dengan sambutan penduduk di negeri itu. Berjumpa dengan mereka memberikan satu kepuasan buat diri. Tidak dilupakan penduduk di Kelantan dan Terengganu memberikan saya satu kepuasan tidak terhingga untuk meneruskan usaha berjumpa bersama setiap lapisan masyarakat.

Lawatan saya yang pertama ke luar negara sejak kembali ke bumi adalah melawat negara jiran Indonesia dua bulan lalu. Saya perhatikan banyak persamaan antara Malaysia dan Indonesia bukan saja dari segi bahasa, malah kehidupan secara keseluruhan.

Kita juga berasal dari satu rumpun yang sama, iaitu Melayu. Indonesia begitu hampir untuk menghantar angkasawan negara mereka pada 1985. Malah astronout mereka yang dipilih seorang profesor wanita berlatih bersama Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) selama empat tahun sebagai persediaan ke angkasa lepas.

Namun impian negara mereka tidak tercapai apabila letupan shuttle Challenger yang menjejaskan setiap ekspedisi ketika itu. Itu jelas menunjukkan Indonesia begitu serius dalam bidang angkasa lepas sejak awal lagi.

PELAJAR sekolah di Indonesia mengerumuni Dr Sheikh Muszaphar.

Lawatan saya ke Jakarta dan Bandung bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, memberi pengajaran yang begitu bermakna.

Di samping memberi ceramah dan motivasi kepada rakyat Indonesia khususnya pelajar, saya juga melawat balai astronomi yang antara tertua di dunia. Bidang astronomi sudah bertapak di Indonesia jauh lebih awal dan rakyat mereka sungguh fasih dan berilmu tinggi dalam bidang aeroangkasa dengan pelbagai soalan yang ditujukan.

Minat mereka yang mendalam jelas menunjukkan Indonesia mengambil serius bidang aeroangkasa . Minda angkasa lepas sudah tertanam pada setiap pelajar dan kanak-kanak mereka .

Inilah objektif yang ingin dicapai oleh program angkasawan untuk menyuntik inspirasi dan menghasilkan minda aeroangkasa di kalangan rakyat Malaysia . Malah slogan untuk mengangkasakan bangsa, agama dan negara harus diambil prihatin oleh setiap rakyat Malaysia agar negara tidak ketinggalan dalam bidang aeroangkasa.

INFO: Progam angkasa

  • Ruang angkasa lepas yang ‘vakum’ sebenarnya bukan sebenar-benarnya kosong kerana ia kadangkala diisi oleh partikel energetik (cosmik rays) termasuk ion dan nukleas atom.

  • Anjing bernama Laika, hidupan pertama ke angkasa lepas mencatat rekod malang menjadi hidupan bumi pertama mati di ruang angkasa apabila kapal angkasa dinaikinya, Sputnik 2 kehabisan oksigen pada 3 November 1957.

  • Kemalangan jiwa pertama ketika program angkasa dipercayai membabitkan cosmonaut Valentin Bondarenko ketika berlatih dalam bilik khas bertekanan rendah yang mempunyai atmosfera oksigen tulen. Kejadian berlaku pada 23 Mac 1961 ketika dia terperangkap dalam kebakaran tiba-tiba di bilik berkenaan sehingga mengakibatkan Bondarenko melecur teruk lalu mati beberapa jam kemudian.
  •