Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

13 April 2008

P.Ramlee Tidak Serius?

Tan Sri P. Ramlee telah diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu sebagai seniman agung, lagenda seni dan ikon negara. Persoalannya, apakah penerimaan masyarakat ini menepati dengan hakikat ketokohan beliau atau tidak? Pada umumnya masyarakat menerima gelaran ini diberikan kepada beliau justeru kerana apresiasi kepada kebolehan beliau dalam serba lapangan seni hiburan iaitu sebagai pengarah filem, pelakon, pelawak, pencipta lagu, pemuzik, penyanyi dan penulis skrip.
Persoalannya, apakah kepelbagaian kebolehan ini sudah menepati gelaran-gelaran yang diberikan?
Apabila direnung secara mendalam, nampak fakta-fakta tersirat bahawa P. Ramlee bukan sekadar penghibur yang mempunyai bakat kebolehan kepelbagaian tadi, malah beliau juga sudah sampai ke tahap pemikir dalam kepelbagaian seni, yang sehingga kini (dalam konteks Malaysia) belum ada tandingannya. Memang tidak kesemua karya beliau hebat...