Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

07 September 2008

Politik bulan September


SEDEKAD yang lalu, 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selepas lebih 16 berada dalam Kerajaan Barisan Nasional. Anwar yang ketika itu berusia 51 tahun menerima surat perlucutan jawatannya pada pukul 7 malam di kediamannya. Umum mengetahui rentetan peristiwa selepas perlucutan itu.

Sedekad telah berlalu, kini, Anwar kembali semula dalam arena politik bersama wadah perjuangan pakatan pembangkang. Bermula dengan kemenangan sebagai ahli Parlimen di Permatang Pauh pada 26 Ogos, 2008, beliau kini memburu impiannya untuk menduduki Putrajaya menjelang 16 September 2008. Jika meneliti beberapa kenyataan awalnya sebelum ini, isu perpindahan kuasa sudah berlaku lebih awal. Namun semuanya sepi dan tidak menjadi kenyataan. Kepada rakyat Malaysia, 16 September 2008 dinanti untuk melihat adakah ianya satu kenyataan atau pembohongan politik semata-mata.

- Utusan Malaysia, 3 September 1998.