Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

08 Disember 2008

Isu Ambalat dijangka tumpuan GBC


ASEAN diwujudkan pada tahun 1957 adalah sebahagian daripada tindakan susulan selepas tamatnya Konfrantasi di antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1966 demi menjadikan rantau Asia Tenggara yang aman serta bebas daripada campur tangan kuasa asing.

Usaha itu juga bagi membolehkan negara-negara anggota ASEAN memberi tumpuan kepada membangunkan ekonomi dan memakmurkan rakyat. Ini adalah Malaysia dan Republik Indonesia merupakan paksi kepada kestabilan kerjasama tersebut.

Hubungan bilateral Malaysia-Indonesia menjadi terpenting kerana kedua- dua buah negara mempunyai banyak persamaan dari segi budaya, bahasa, agama dan cara hidup.

Lantaran itu hubungan berkenaan perlu dipelihara dengan baik 'bagai menatang minyak yang penuh', bukan sahaja di peringkat kerajaan semata-mata, tetapi juga membabitkan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terdapat tiga isu yang sering mewarnai dan mempengaruhi pasang surut hubungan Indonesia-Malaysia iaitu pertama yang membabitkan sempadan, kedua masalah kekayaan budaya dan ketiga masalah perlindungan tenaga kerja Indonesia (TKI).

Ketiga-tiga isu tersebut bukanlah perkara baru, tetapi telah lama membelenggu dan sesekali menyebabkan keakraban dua negara serumpun itu sedikit terjejas.

Bagi memastikan isu-isu berlarutan itu tidak menjadi 'duri dalam daging' Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia secara berterusan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang bangkit dengan cara terbaik.

Selain itu sebuah Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia turut ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah sempadan darat dan laut yang sedia ada di garisan perbatasan kedua- dua buah negara dan sering menjadi pertikaian kedua-dua buah negara.

Sidang kerjasama yang wujud sejak selepas Konfrantasi itu akan masuk kali ke-37 dan kali ini dijangka berlangsung di Jakarta pada 8 hingga 13 Disember ini.

Mesyuarat tersebut bermula dengan peringkat sekretariat pada 8 Disember dan Perdana Menteri tiba pada 10 Disember bagi menghadiri makan malam sempena persidangan itu dan seterus menghadiri persidangan pada keesokan harinya.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi buat pertama kali dijangka hadir selaku Menteri Pertahanan dan antara isu dijangka menjadi topik utama adalah pertikaian di sempadan negara berdekatan Blok Ambalat di Laut Sulawesi.

Pertikaian di blok Ambalat walaupun kini diserahkan kepada jawatankuasa teknikal diwujudkan bersama untuk menyelesaikan soal persempadanan di kawasan berkenaan tetapi sering panas dan dilaung para pemimpin di Indonesia.

Kehadiran

Jadi tidak hairan apabila negara jiran berkenaan tidak berganjak dan mendakwa kawasan yang kaya dengan khazanah mineral itu sebagai milik negara berkenaan.

Situasi itu dapat dilihat apabila Republik Indonesia meningkatkan kehadiran tenteranya di perairan tersebut sebagai menunjukkan kawasan berkenaan adalah milik negara berkenaan.

Pada masa yang sama juga isu tersebut juga menyebabkan hubungan kedua-dua buah negara menjadi agak tegang lantaran sikap ekstrem media republik berkenaan yang sering bertindak secara provokasi.

Pertemuan pada pemimpin kedua- dua buah negara itu diharap menjadi jambatan penyelesaian yang lebih mudah kepada isu tersebut agar ia tidak terus membebani hubungan negara berjiran tersebut.

Selaku Perdana Menteri pertemuan dengan pemimpin utama Indonesia kelak dijangka turut dapat mendalami isu- isu berkaitan budaya dan perlindungan tenaga kerja Indonesia.

Ini adalah kerana masalah TKI menuntut komitmen di pihak Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memperbaiki sistem perlindungan dan undang-undang yang sedia ada.

Isu berhubung budaya pula memerlukan perhatian daripada pihak Indonesia untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada rakyatnya terutama pihak media tempatan yang menggambarkan Malaysia seolah-olah tidak mempunyai budaya dan identiti sehingga terpaksa menciplak seni serta budaya negara jiran itu dan kemudiannya mendakwa ia adalah seni tradisional orang Melayu di Malaysia.

Contohnya adalah tidak wajar untuk mengatakan Malaysia menciplak batik Yogja, Solo atau Pakalongan sebagai batik Malaysia kerana corak dan motifnya adalah berbeza.

Oleh yang demikian diharap pertemuan kali ini dapat merungkai beberapa masalah terutama isu Blok Ambalat yang menyebabkan hubungan kedua- dua buah negara menjadi tegang.