Oleh Mohd Azis Ngah
![]() Mohd Yusof menunjukkan 'glaze' yang digunakan untuk longkang CG. |
Produk keluaran I & M Concrete diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia, pikat hati PBT
MENCEGAH lebih baik daripada mengubati. Ketika negara dilanda masalah kesihatan penyakit Aedes dan Chingunkunya, pelbagai pihak memberi maklum balas berkaitan punca dan akibat membiarkan nyamuk membiak.
Namun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana tindakan mencegah sebenarnya memerlukan sokongan semua pihak termasuk orang awam serta tindakan menguatkuasakan undang-undang.
Bagi sesetengah pihak, musibah itu dianggap cabaran dan memberi kelebihan dalam mencari penyelesaian serta kaedah terbaik menangani masalah kesihatan negara. Dalam erti kata mudah, jika lebih banyak inovasi baru dicipta, lebih banyak faedah dinikmati negara.
Maka, atas konsep peka, prihatin dengan masalah kesihatan berpunca daripada pembiakan nyamuk, Syarikat I&M Concrete, milik penuh Bumiputera menampilkan inovasi baru dengan merekacipta longkang konkrit tahan hakisan (CG) dan anti Aedes.
Sudah tentu ramai yang akan tertanya-tanya bagaimana longkang CG itu mampu membantu mengatasi masalah nyamuk. Jawapannya cukup mudah kerana menurut Pengarah Operasi I & M Concrete, Mohd Yusof Hamzah, ia sebenarnya perlu merujuk kepada punca pembiakan nyamuk.
Amnya, nyamuk akan membiak di kawasan air bertakung dan sudah pasti longkang yang tidak sistematik, tersumbat dan air tidak mengalir akan menjadi pilihan utama pembiakan nyamuk.
Antara punca longkang tersumbat ialah reka bentuk longkang, bahan yang digunakan serta ketahanannya. Apabila longkang pasang siap digunakan untuk tempoh lama, lapisan bawah akan terhakis, berlubang, bahkan ada yang pecah.
Semua ini menyebabkan aliran air terganggu ditambah pula wujud lambakan sampah, pasir dan lumpur. Keadaan ini menyebabkan air bertakung dan sudah pasti nyamuk boleh membiak.
Longkang CG direka khas menggunakan glaze iaitu sejenis tanah liat bercampur lumpur laut yang dijadikan aliran utama di permukaan. Glaze ini akan bertindak melicinkan perjalanan air, sekali gus memastikan tiada aliran tersumbat.
“Longkang CG dipasang menggunakan glaze dan disediakan dalam bentuk yang lebih padat, kemas, tahan lasak serta mempunyai jangka hayat sehingga 20 tahun kerana mempunyai tulang belakang besi yang dipasang di dalam simen.
“Ia juga tahan hakisan termasuk asid dan jaminan ia tidak mudah retak serta diiktiraf oleh Sirim. Ini akan membantu pihak berkuasa menyediakan laluan air lebih sistematik dan jimat kerana tidak perlu menampung kos menukar longkang ganti untuk tempoh yang lama.
“Kami faham dan prihatin dengan masalah rakyat dan idea menghasilkan longkang ini juga dijalankan selepas beberapa tahun kajian dan pemerhatian masalah negara,” katanya.
Longkang CG yang diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Kebangsaan 2008 bagi kategori Akar Umbi ini membolehkan I & M Concrete yang diuruskan Yusof bersama rakan kongsi, Inas Saidin (Pengarah Urusan dan Mohd Rashid Buang (Pengarah) menerima pelbagai tempahan.
Selepas diiktiraf Perbadanan Harta Intelek Malaysia selaku longkang CG pertama di Malaysia, produk keluaran syarikat itu juga berjaya menambat hati dan kepercayaan serta menerima sokongan penggunaannya oleh beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Antaranya ialah Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSSA) serta mendapat banyak permintaan daripada kontraktor tempatan.
Selain longkang, syarikat itu juga menyediakan penutup longkang tahan lasak yang dipasang menggunakan kaedah sama iaitu mempunyai besi yang bertindak sebagai tulang belakang. Penutup itu mempunyai dua jenis iaitu setebal tiga inci dan empat inci yang sesuai untuk longkang jenis CG12UH.
Info:
Longkang GC
Kegunaan:
CG12U, CG9U, CG6U:
Kelebihan produk:
Kelebihan dan perbandingan cara pemasangan dengan cara lama:
Cara lama:
Kelebihan CG12U, CG9U, CG6U berbanding longkang biasa:
Anugerah: Projek Longkang Konkrit Tahan Hakisan dan Anti Aedes.