Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

08 April 2009

Kembara budak burger


Di sebalik menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di gerai burger, para usahawan muda ini sebenarnya mewakili segmen pasaran yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar.


KEMBARA unik ini diadakan bagi membalas budi masyarakat dengan menyediakan saluran untuk budak burger menimba kemahiran perniagaan daripada rakan yang telah berjaya.


KITA biasa mendengar tentang guru vokal atau guru tari, tetapi tahukah anda bahawa industri burger tempatan juga mempunyai 'guru' sendiri untuk mereka yang ingin mempelajari tentang selok-belok perniagaan tersebut? Sungguhpun hampir semua orang boleh dikatakan pandai membuat burger, tugas membuat burger yang betul-betul lazat sebenarnya memerlukan kegigihan dan kemahiran. Tidak ramai yang tahu bahawa terdapat rahsia kejayaan dalam seni membuat dan menjual burger. Peniaga burger bukan sekadar pakar menyediakan burger, malah mereka juga adalah usahawan yang berjaya dengan cara mereka sendiri!

Sebagai pembekal perkhidmatan makanan yang terkenal di dunia, Unilever Foodsolutions menyedari potensi perniagaan burger tempatan yang masih belum diterokai sepenuhnya. Keadaan itu telah mengilhamkan pelbagai program untuk membantu memajukan industri berkenaan. Diketuai oleh Lady's Choice sebagai jenama utamanya, antara aktiviti utama yang diadakan termasuklah pertandingan membuat burger yang dianjurkan pada tahun 2005 dan 2007, seminar keusahawanan dan program insentif yang bertujuan membantu pemilik perniagaan burger atau lebih mesra dengan panggilan budak burger, membesarkan perniagaan mereka.


DARI kiri: Faizal, Ruddy dan Nazri menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk berkongsi cerita tentang kejayaan masing-masing.


Pada tahun ini, aktiviti tersebut dinamakan Kembara Kejayaan Lady's Choice. Menerusi kembara itu, pihak penganjur membawa pemenang pertandingan membuat burger pada tahun-tahun lalu seperti Faizal Muhammad, Ruddy Ibrahim dan Nazri Ismail menjelajah ke seluruh pelosok negara untuk berkongsi cerita tentang kejayaan masing-masing serta petua perniagaan dengan rakan seperjuangan. Ini telah dilakukan mereka menerusi pertunjukan bergerak di seluruh Semenanjung Malaysia. Faizal dan Nazri adalah Juara Burger apabila memenangi pertandingan itu pada tahun 2005 dan 2007.

"Kembara Kejayaan Lady's Choice adalah cara yang unik bagi kami membalas budi masyarakat dengan menyediakan saluran untuk budak burger menimba kemahiran perniagaan daripada rakan seperjuangan yang telah berjaya dan boleh membantu mereka berdaya saing," kata Nik Mustapha Nik Mohamed, Pengarah Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

"Sebagai penjaja yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di gerai burger, para usahawan muda ini sebenarnya mewakili segmen pasaran yang mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih besar.

"Kami harap, bimbingan daripada rakan yang lebih berpengalaman dapat membantu memperkasakan mereka sekali gus mendorong mereka mencapai kejayaan yang lebih besar, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan industri perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia," katanya.

Inisiatif itu telah dimulakan pada Februari lalu di premis pemborong burger dan gerai burger yang terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia untuk tempoh 30 hari.