Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

08 April 2009

Padah makan rojak


SINGAPURA – Seorang wanita meninggal dunia dan seorang lagi berada dalam keadaan koma manakala 111 lagi menerima rawatan kerana keracunan makanan selepas makan di sebuah gerai, lapor beberapa pegawai kesihatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan malam kelmarin, wanita berumur 57 tahun itu meninggal dunia selepas makan di gerai menjual rojak India pada minggu lalu.

Menurutnya, seorang lagi wanita berumur 59 tahun berada dalam keadaan koma.

Gerai itu kini ditutup manakala pihak polis melakukan siasatan berhubung punca kematian. – AP