Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

11 April 2009

Rumah ikut musim






NAMPAKNYA rumah Ross Russelll di Suffolk, Anglian Timur, England bakal memberi definisi baru kepada istilah ‘pindah rumah’.

NAMPAKNYA rumah Ross Russelll di Suffolk, Anglian Timur, England bakal memberi definisi baru kepada istilah ‘pindah rumah’.

Sekilas pandang, rumah Russell itu tidak lebih daripada bangunan tradisional tempatan sehinggalah jika butang khas di dalamnya ditekan.


Sebaik dihidupkan, binaan itu bakal bergerak dan untuk memberi tempat kepada transformasi baru.

Dalam tempoh enam minit, rangka besi dan kayu yang mengelilingi bangunan itu mula menggelongsor ke depan menjadi seperti kanopi dan menutup bahagian tambahan serta laman sambil bilik air dibiarkan terbuka.

Jika mahu, pergerakan itu boleh dihadkan untuk melindungi bilik air berkenaan tetapi pada masa sama, membiarkan kawasan taman terdedah.

Atap dan dinding boleh gerak seberat 20 tan itu digelongsor menggunakan empat motor elektrik yang hanya menggunakan kuasa seperti bateri kereta.

Ia berukuran 15.8 meter panjang, 6 meter lebar dan 7 meter tinggi.

Menurut Russell, 48, ketika musim sejuk dia menarik atap itu bagi menutup seluruh rumahnya untuk menghangatkan suhu.

“Tetapi apabila tiba musim panas, saya hanya menekan satu butang dan atap itu bergerak semula ke belakang dan saya boleh menikmati cahaya matahari,” katanya.

Dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya, Russell merancang pembinaan rumah itu dengan isterinya, Sally, dengan matlamat menghasilkan kediaman ‘istimewa’.

“Kami mengambil sikap terbuka dan bersedia menerima idea radikal,” katanya.

Disebabkan tiada pengalaman menukang rumah, Russell menghubungi rakan lamanya, Alex de Rijke, yang juga jurutera di sebuah firma terkenal di London.

Selepas membentangkan ideanya, de Rijke ternyata sangat berminat dan menyatakan kesanggupan membantu.

Bagaimanapun, kata Russell, ia tidak menjadi kenyataan begitu saja.

“Kami mengambil masa 12 bulan untuk merancang dan membinanya,” katanya.

Melalui Rumah Gelongsor itu, mereka membangunkan binaan menyediakan ruang yang rencam.

Russell berkata, rumahnya disiapkan untuk mampu disesuaikan mengikut musim semasa, atau berdasarkan keperluannya.

Bukaan pintu juga luas bagi menyediakan laluan keluar masuk selesa.

“Ia dapat mengatasi masalah jika mekanisme pergerakan rumah ini tersekat,” katanya.

Penggunaan kayu merah di rumah itu juga menjadikan ia seolah-olah bangunan hotel dalam permainan Monopoly,

Selain mencantikkan pemandangan, ia mampu menyimpan haba dan secara tidak langsung mengawal suhu dalam rumah ketika musim sejuk.

Pada hari cerah, Russell memanfaatkan kelebihan rumahnya dengan membuka lebih banyak ruang pemandangan dari dalam bagi membolehkannya menikmati pemandangan indah di sekitar kawasan itu.

“Kita hanya mampu membina rumah sekali seumur hidup. Jadi, saya mahu pastikan ia benar-benar istimewa dan menawan,” katanya. — Agensi