Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

05 Januari 2008

12 resolusi diluluskan



MUAR: Persidangan Kebudayaan Melayu sempena memperingati ulang tahun ke-50 Kongres Kebudayaan Melayu Pertama 1957, meluluskan 12 resolusi untuk dihantar kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Antara resolusi itu mencadangkan supaya Kongres Kebudayaan Melayu Kedua diadakan kerana selepas kongres pertama pada 30 Disember 1957, tiada lagi kongres seumpama itu diadakan.

Pengerusi persidangan, Abdul Nasir Mohd Razali, berkata resolusi itu meminta kerajaan mewartakan kebudayaan Melayu sebagai warisan bangsa Malaysia bersesuaian taraf rakyat asal negara ini dan pada masa sama, mahu Kementerian Pelajaran memasukkan pengajaran Dasar Kebudayaan Kebangsaan dalam mata pelajaran di sekolah.


“Isu berkaitan bahasa Melayu juga antara perkara asas yang dikemukakan dalam ketetapan itu dan mahu kerajaan membuat keputusan yang bijak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.