Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

22 April 2008

Hina Nabi Muhammad warga Singapura didakwa


SINGAPURA 16 April - Sepasang warga Singapura didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut kerana mengedar bahan penerbitan yang berbentuk negatif mengenai Nabi Muhammad SAW, lapor sebuah akhbar hari ini.

Akhbar The Straits Times, melaporkan Ong Kian Cheong, 49, dan pasangannya Dorothu Chan Hien Leng, 44, telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dan Akta Penerbitan Larangan.

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut laporan itu, sementara pegawai mahkamah pula gagal dihubungi.

Laporan itu tidak menyatakan maklumat lanjut tentang bahan penerbitan berkenaan, tetapi menjelaskan, pasangan terbabit telah mengedarkannya kepada dua orang pada bulan Mac dan bulan Oktober tahun lalu.

Singapura, sebuah negara pulau yang mempunyai penduduk daripada pelbagai etnik, menentang sebarang cubaan mewujudkan ketegangan antara kaum.

Pada tahun 2005, dua lelaki keturunan Cina telah dipenjara kepada mewujudkan blog anti-Islam.

Sementara seorang penulis blog pula telah diberi amaran keras tahun lalu kerana menyiarkan karikatur Nabi Isa.

Majoriti penduduk Singapura terdiri daripada kaum etnik Cina, sementara selebihnya merangkumi etnik Melayu Islam, India dan lain-lain.