DEMIKIAN rangkap pertama puisi Catatan Buat Matahari, karya Marsli N.O yang dibacakan di Majlis Baca Puisi Warisan Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Pembacaan puisi tersebut merupakan salah satu program memartabatkan seni seni dan sastera sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.
Marsli turut mendeklamasi puisi Membaca Era yang merupakan sebuah pandangan tentang perjalanan anak bangsa yang mula menjauhi nilai-nilai ketuhanan, kemanusiaan dan moral.
Aktivis teater, Marleney Deenerwan pula membaca puisi karya Sasterawan Negara Usman Awang yang mengangkat tema kemasyarakatan, manakala penyair Shamsuddin Othman mendeklamasi puisinya, Purnama Merdeka.
Turut mendeklamasi puisi ialah pelajar Fakulti Penulisan Aswara iaitu Mohd. Afiq Zulhilmi yang mendeklamasi puisi Aksara Bahasa, manakala Yusmaihizam Yunos membaca puisi Deruan Bayu.
Sementara itu, penulis Nisah Haron menyampaikan syair Dendang Setia. Saiee Deriss dan membaca pantun yang mengangkat pelbagai tema termasuk politik dan nilai-nilai Melayu terkini.
Kemuncak daripada majlis baca puisi tersebut ialah nyanyian dua lagu puisi oleh Kumpulan Kopratasa iaitu Masihkah Kau Ingat dan Permata Buat Isteriku yang digubah daripada puisi Abdul Aziz H. M.