Maju Melayu Perkasa!

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

11 Disember 2008

Usaha negara banteras rasuah lebih telus



SEMALAM, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan buat kali pertama rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 di Dewan Rakyat. Rang undang-undang itu yang mempunyai 74 fasal dan sembilan bahagian akan menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan akan dikuatkuasakan pada 1 Januari depan. Rang Undang-undang SPRM digubal bagi menggalakkan integriti pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan sebuah badan pencegahan rasuah yang bebas dan bertanggungjawab. Ia juga dirangka untuk mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam mengenai rasuah serta kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam, swasta dan komuniti. Menurut rang undang-undang itu, SPRM akan diketuai seorang Ketua Pesuruhjaya yang akan dilantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam dan dinasihati oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berhubung segala aspek masalah rasuah di negara ini serta strategi suruhanjaya untuk membanteras gejala itu. Seterusnya, rang undang-undang itu menyenaraikan fungsi pegawai SPRM yang antara lain menerima dan menyiasat aduan, menasihati dan membantu orang awam mengenai cara rasuah dihapuskan serta mendidik mereka untuk menentang amalan rasuah. Rang undang-undang itu turut memperuntukkan mengenai penubuhan Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah untuk menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah serta memeriksa dan mendapatkan penjelasan laporan oleh suruhanjaya.

Jawatankuasa Aduan juga akan ditubuhkan bagi memantau pengendalian suruhanjaya dan salah laku pegawai SPRM. Selain itu, fasal 58 rang undang-undang SPRM juga memperuntukkan kuasa pendakwaan kes kepada Pendakwa Raya yang akan memulakan prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen. Seperti dinyatakan oleh pihak kerajaan sebelum ini, ia dibuat dengan mengambil input daripada model agensi antirasuah antarabangsa yang diiktiraf sebagai antara terbaik di dunia seperti Suruhanjaya Bebas Antirasuah (ICAC) di Hong Kong dan New South Wales (NSW), Australia. Kita berharap dan yakin penubuhan SPRM akan mengembalikan keyakinan rakyat serta pelabur asing kepada ketelusan kerajaan untuk menegakkan integriti. Selama ini beberapa pihak, terutama pembangkang bukan saja kerap menuduh BPR tidak bebas dan telus, malah mendesak kerajaan supaya mencontohi badan seumpamanya di negara lain, terutama ICAC di Hong Kong dan NSW bagi meningkatkan usaha pencegahan rasuah di negara ini. Namun, pembangkang seperti biasa akan mencari apa saja kelemahan untuk melemparkan tuduhan kepada kerajaan seperti mendakwa Perdana